Berapa Kali Kucing Patut Makan Sehari? Panduan Feeding Schedule Ikut Umur
on
16/02/2026
Ramai owner baru selalu tanya:
“Kucing ni patut makan berapa kali sehari sebenarnya?”
Ada yang letak makanan penuh satu mangkuk sehari, ada pula bagi makan terlalu kerap sampai kucing jadi obes.
Hakikatnya, kucing bukan makan ikut agak-agak. Kekerapan makan sangat bergantung kepada umur dan sistem penghadaman kucing.
Jika feeding tidak betul, kucing boleh jadi: muntah, cirit-birit, kurang aktif, perut sensitif, berat badan tak stabil.
Feeding Schedule Ikut Umur Kucing
1. Anak Kucing (1 – 2 bulan)
Kekerapan: 4 – 5 kali sehari
Pada umur ini, perut kucing masih kecil dan sistem penghadaman belum matang. Mereka tak boleh makan banyak sekaligus.
Jika makan terlalu banyak sekali gus kucing mudah muntah, perut kembung, najis lembik.
2. Kitten (2 – 6 bulan)
Kekerapan: 3 – 4 kali sehari
Ini fasa pembesaran paling cepat. Kucing perlukan tenaga tinggi untuk perkembangan tulang, pertumbuhan bulu, pembentukan imun badan.
Ini fasa pembesaran paling cepat. Kucing perlukan tenaga tinggi untuk perkembangan tulang, pertumbuhan bulu, pembentukan imun badan.
3. Kucing Remaja (6 – 12 bulan)
Kekerapan: 2 – 3 kali sehari
Sistem penghadaman sudah lebih stabil. Anda boleh mula biasakan jadual makan tetap (contoh: pagi & malam).
Kucing sangat suka rutin. Jadual makan yang konsisten membantu elak muntah lapar, elak stress, elak makan berlebihan.
4. Kucing Dewasa (1 tahun ke atas)
Kekerapan: 2 kali sehari (paling ideal)
Beri makan pagi & malam
Jangan biarkan makanan sentiasa penuh (free feeding) kerana ia boleh menyebabkan obesiti kucing jadi pasif masalah penghadaman
Kenapa Tak Boleh Letak Makanan Seharian?
Ramai owner fikir ini cara paling mudah.
Tetapi bila makanan sentiasa ada kucing makan sikit-sikit sepanjang hari, perut tak pernah “rehat”, pencernaan jadi tidak stabil.
Akibatnya najis lembik, perut sensitif, kucing kurang aktif.
Kucing sebenarnya haiwan pemburu. Secara semula jadi, mereka makan dalam waktu tertentu, bukan sepanjang hari.
Tips Penting Semasa Memberi Makan
Pastikan air bersih sentiasa ada Jangan tukar makanan secara mengejut, Elakkan bagi makanan manusia, Konsisten waktu makan setiap hari.
Pemakanan harian yang stabil membantu menyokong tenaga, bulu dan kesihatan keseluruhan kucing dalam jangka panjang.
Kesimpulan
Jadual makan yang betul bukan sekadar bagi kenyang. Ia membantu sistem penghadaman bekerja dengan lebih stabil dan mengurangkan risiko masalah kesihatan.
